Kemenangan 2-0 hasil jaringan dari Diego Costa serta aksi solo Eden Hazard menyumbang kepada kemenangan Chelsea ke atas pendatang baru liga Leicester City. Permulaan separuh masa yang agak buntu dengan jaringan Chelsea seperti biasa memulakan rentak permainan dengan bertahan serta meyerang balas. Selepas minit ke 62' jaringan pembukaan dari Diego Costa yang menyudahkan hantaran cantik dari Branislav Ivanovic yang berjaya melepasi kedua-dua benteng pemain Leicester denga skill yang agak baik. Selang beberapa minit Eden Hazard pula menjaringkan gol kedua bagi pihak tuan rumah pada minit ke 77'. Dari sudut tepi Hazard membawa bola mengelecek 3 orang pemain pertahanan Leicester dan melakukan rembatan leret berjaya mengalahkan pertahanan dan penjaga gol pelawat. Kesudahan permainan Chelsea 2-0 Leicester City

No comments:
Post a Comment