Sunday, August 24, 2014

Arsenal kaku di tempat lawan

Goodisan Park- Arsenal tidak mampu berbuat apa-apa selepas di bolosi 2 jaringan pihak lawan yang bermula baik pada separuh masa yang pertama hasil jaringan dari SeamusColeman 19' dan Steven Naismith 45'. Tidak mahu mengalah dengan begitu sahaja Arsenal cuba bangkit dari perlawanan yang agak sukar dengan bertandang di Goodisan Park dipenuhi sorakan dan jeritan dari penyokong-penyokong Everton. Akhirnya pada minit 83' Aaron Ramsey berjaya menyumbat gol pertama mereka dalam saigan liga musim ini di Goodisan Park di susuli jaring minit-minit terakhir oleh Oliver Giroud membuatkan pihak pelawat menarik nafas lega.Bagaimanapun Arsenal hanya mampu membawa satu mata setelah wisel penamat ditiupkan oleh pengadil K.Friend. Pengurus Arsenal Arsene Wenger agak kecewa dengan keputusan pengadil yang membenarkan kedudukan offside pemain Everton. Keputusan seri bukanlah seperti yang diharapkan oleh pegendali dari Perancis itu aksi hambar pemain bakal di ubah untuk perlawanan akan datang bagi meneruskan saingan liga yang baru sahaja bermula.
 

Chelsea Permulaan baik

Kemenangan 2-0 hasil jaringan dari Diego Costa serta aksi solo Eden Hazard menyumbang kepada kemenangan Chelsea ke atas pendatang baru liga Leicester City. Permulaan separuh masa yang agak buntu dengan jaringan Chelsea seperti biasa memulakan rentak permainan dengan bertahan serta meyerang balas. Selepas minit ke  62' jaringan pembukaan dari Diego Costa yang menyudahkan hantaran cantik dari Branislav Ivanovic yang berjaya melepasi kedua-dua benteng pemain Leicester denga skill yang agak baik. Selang beberapa minit Eden Hazard pula menjaringkan gol kedua bagi pihak tuan rumah pada minit ke 77'. Dari sudut tepi Hazard membawa bola mengelecek 3 orang pemain pertahanan Leicester dan melakukan rembatan leret berjaya mengalahkan pertahanan dan penjaga gol pelawat. Kesudahan permainan Chelsea 2-0 Leicester City